Monday, December 7, 2009

Jiwa Kacau

haih~ ape la nasib.. lepas satu satu masalah datang.. ape kehe masalah ni suke bebenor datang kat aku ni?? ape kat dahi aku ade cop "manusia bermasalah" ke?? Baru nk happy2 ade je benda x best datang, apa ko sembelit ke kalo aku happy?? walaupun masalah tu dah setel, still hati aku x puas, tak kisah la sape ko, aku just nak tau motip ko je.. @%$#$&^%* punye manusia, aku rasa kat hati ko tu ade ulat sampah.. tu satu hal, lg satu hal ni, ble kerja ko nak siap?? kalo x mampu cakap je la, kan senang, ni tak, dh la degil, bongkak, angkuh, ape lagi?? byk lg la, tau tak brape ramai org susah sbb kerja ko x siap2?? x tau?? lu pikir la sendiri, malas aku nak layan, makan choki2 lagi bagus... owh last skali.. oi encik JPJ.. esok aku nak balik belalang aku, ko x bagi jaga ko, bakar ibu pejabat ko..

bila hati berbicara~

pernah diri bertanya
adakah aku sempurna
bila hati berbicara
tiada insan yang sempurna

pernah diri bertanya
adakah aku bahagia
bila hati berbicara
bahagia akan datang menjelma

pernah diri bertanya
adakah aku berharta
bila hati berbicara
harta hanyalah pinjaman semata

pernah diri bertanya
siapa aku dimata mereka
bila hati berbicara
aku adalah aku, yang bangga dengan dirinya

pernah diri bertanya
bilakan bidadari akan menjelma
bila hati berbicara
dia ada di depan mata
menunggu saat untuk bersama

pernah diri bertanya
bila saat itu kan tiba
bila hati berbicara
pabila pintu hatinya terbuka

pernah diri bertanya
bila pintu hatinya akan terbuka??
...........
hati tidak mampu berbicara...

Monday, November 30, 2009

Budak Kecik dan Ayam Golek

Dengar sini cucu-cucu atuk nak cerita ni, dulu masa atuk muda, atuk teramatlah nakal,degil,keras kepala dan seangkatan dengannya la, tapi, atuk ada jumpa seorang budak kecik, perempuan, yg lg nakal dr atuk, kira masa tu atuk bangga la kejap, ada gak manusia yg lg nakal dari atuk, mana atuk jumpa dia? Masa tu atuk aktif lg, belum bongkok lg, atuk rajinlah juga join persatuan-persatuan ni, masa tu la atuk jumpa dia, first time atuk tgk dia, dia punya nakal, na'uzubillah, tak tahu la nak cakap apa, ishk ishk ishk...

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, masa tu bulan ramadhan, bulan puasa, atuk sesaja bakar orang dgn makanan ni, masa tu atuk ada Facebook, apa korang ingat atuk buta IT ke? Tolong sikit, see the leg la, atuk post la satu gambar ni, agak-agak korang la, gambar apa yg atuk post? Haaaa, apa Ilham, ayam golek? Wah, bijak cucu atuk ni, macam atuk dia juga, atuk post gambar ayam golek, bukan sekor, berekor-ekor ha, hbs semua org atuk tag, termasuklah budak kecik yg nakal tu....

Dipendekkan cerita, budak kecik tu 'paw' atuk ayam golek, cis! kurang asam boi sungguh, ada ke patut? tak patut tak patut, alasan dia siapa suruh atuk post gambar ayam golek tu, terliur dia tengok ayam-ayam tu, selambe atuk jawab, suka hati den la nak post gambar ape, dgn muka tak malu, menangis nangis dia ha paksa atuk belikan dia ayam golek, sebagai seorang jejaka yg perihatin dan berperi kemanusiaan, atuk pun belikanlah dia ayam tu, bukan sekor, 3 ekor atuk bagi, ambil ko, makan sampai gemuk, hahahahahaha

Punya la pelahap dia makan, hbs semua dia bedal, tinggal tulang je, kus semangat, ni orang ke jin? takpe la, asalkan dia bahagia, lama dah atuk tak jumpa dia, harap-harap dia dah jadi manusia, haaaa, dengar sini semua cucu-cucu atuk, atuk tak nak korang nakal-nakal, nanti atuk tambat kat pokok mangga...

p/s : jangan marah ha... dongeng semata.. hehehehe

Sunday, November 29, 2009

Cinta itu buta?

Ramai orang mengatakan bahawa cinta itu buta, Too Phat pun berpendapat sebegitu sepertimana yg tertera di dalam lirik lagu mereka,'Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan....', persolannya, mengapa cinta di katakan buta?

Lain orang lain pendapat, bg seorang yg berfikiran terbuka, mereka menganggap cinta tidak buta, jika cinta itu buta, bagaimana kita boleh bertemu dgn orang yg kita cintai? Secara kasarnya, kita menyintai seseorang kerana pd kita dialah yg terbaik, jika cinta itu buta, bagaimana kita bisa mendapatkan yg terbaik?

Cinta tidak buta, tetapi membuatkan kita buta, dgn kehadiran cinta, segala-galanya indah, semuanya kelihatan sempurna bak kata Senario,"Aku di dalam syurga rupanya", kerana cinta kita terlupa, kerana cinta kita leka, kerana cinta kita buta, kebutaan yg diakibatkan oleh cinta menjadikan kita hamba cinta, hamba yg turut segala perintah tuannya, ada apa dengan cinta? adakah cinta lagi berkuasa drpd yg Maha Esa?

Salahkah kita bercinta? Cinta menjadi lebih indah jika mengikut landasan sebenar, cinta yg wujud berdasarkan paras rupa, harta, pangkat, gelaran membawa ke arah kecelakaan, cinta yg wujud berdasarkan agama, membawa kepada kebahagiaan yg kekal selamanya....

Adakah kita telah menjumpai cinta yg sebenar? dan benarkah cinta itu buta?

November...

29 November 1986, lahir seorang putera di bumi Batu Pahat yg kian membangun, disambut dgn laungan azan oleh ayahanda tercinta, tangisan yg dihentikan oleh ibunda yg disayangi yg membelai lembut dan penuh dgn kasih sayang. Putera kedua ini dibesarkan dgn penuh disiplin, maklumlah hidup di dalam komuniti polis, segala tingkah laku sentiasa diperhatikan. Namun, lumrah seorang kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan degil telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada putera ini, jatuh dari kereta yg bergerak ditengah-tengah jalan, jatuh basikal dan tersembam ke bumi, jatuh longkang dan kepala berlubang sebesar mulut bayi menguap, semput, semuanya telah putera ini alami...

29 November 2001, berlaku perubahan dalam diri putera ini, kehilangan ayahanda tersayang memberi impak yg besar kepadanya. Sering kali dia teringat kembali akan peristiwa yg berlaku sehari sebelum pemergian ayahanda nya. Tidak pernah terlintas difikirannya, kejadian di dalam sebuah drama TV yg ditonton bersama ayahanda berlaku kepada dirinya, situasi yg sama dan sebab kematian yg sama. Semenjak hari itu, hatinya sebak setiap kali malam menjelma, sentiasa bekerja keras meringankan beban ibunda tercinta, kerja kilang, jual goreng pisang, baiki komputer, potong rumput, cat rumah semua telah dibuatnya...

29 November 2009, kini, genaplah usianya 23 thn, seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi, tiada perubahan yg ketara dlm dirinya, merantau di ibu kota, membawa harapan yg tinggi, mengejar apa yg diimpi, mencari apa yg dihajati, walau berjuta rintangan menanti, akan dia tempuhi walau luka menusuk ke hati, walaupun keluarga jauh di kampung namun sentiasa dekat dihati...

3 November - selamat hari lahir ayahanda
25 November - selamat hari lahir adik
27 November - selamat hari lahir ibunda
29 November - selamat hari lahir sang putera

dan jutaan terima kasih kepada semua ucapan dan doa2 kalian.. =)

Saturday, November 28, 2009

Gadis Berbaju Merah


Wajah yg ayu, mata yg menawan, senyuman yg manis, itulah gambaran yg sering bermain di fikiran ku pabila membayangkan bidadari idaman hati, sering kali aku bertanya, wujudkah gadis seperti itu di muka bumi ini? Kalau wujud, dimanakah dia berada? Layakkah aku memiliki gadis seumpama bidadari itu? Semakin aku memikirkannya, semakin tinggi semangat ku utk memilikinya, "Ya Allah, temukanlah aku dgn bidadari hatiku" doaku setiap hari...

Cuti semester berkunjung tiba, rakan-rakan mengajak aku pergi mendaki, memandangkan aku tidak merancang apa-apa aku bersetuju untuk menyertai mereka, kami mula mendaki seawal jam 6 pagi kerana pada waktu itu cuaca belum panas lagi, lebih kurang 8 jam mendaki, kami sampai di puncak dan terus memasang khemah, melakukan apa yg wajib dan beristirehat, aku kepenatan kerana sudah lama tidak mendaki, namun segala kepenatan hilang setelah kaki ku menyentuh permukaan air sungai yg menyegarkan...

Keesokan harinya, selepas subuh, rakan-rakan ku sambung tidur manakala aku pergi mencari kayu api, "Terjun sungai dulu la, pagi-pagi ni mesti air sungai sejuk" fikirku, aku pun menuju ke sungai, tiba-tiba sayup kedengaran suara yg merdu menyanyi,"Alamak! Suara siapa pula ni?" bisikku kerana tidak berani menegur, orang tua cakap kalau nampak atau dengar benda aneh jangan ditegur, aku memberanikan diri menuju ke arah suara itu, alangkah terperanjatnya aku
pabila ternampak seorang gadis berbaju merah sedang bermain air di tepi sungai, wajahnya, matanya, senyumannya saling tak tumpah dgn bidadari idaman ku, "Ya Allah, cantiknya" kataku, "Ini peluang, lantaklah hantu ke, cik ponti ke, puteri bunian ke, aku tak kira, aku nak tegur juga" bisik ku...
"Assalamualaikum, sorang je?" tegur ku, "Waalaikumussalam, tak lah, ramai lagi kat sini" dia menjawab lalu ketawa, sah! bukan hantu, pandai loya buruk, hantu mana pandai loya buruk, aku terus berkenalan dengannya, sedang asyik berbual, aku terdengar suara memanggil namaku, "Aku kat sungai la, ada apa?" sahut ku, "Cis kau ni, mana kayu api?", "Alamak! hehehe, aku lupa la" jawabku, "Tu la kau, berangan je kerja, duduk tepi sungai cakap sorang-sorang, hang masuk ayaq ka?", "Cis, kau cakap aku masuk ayaq, tak nampak ke a.." balasku lalu menoleh ke arah
gadis berbaju merah tadi, akan tetapi dia sudah hilang dari pandangan, "a... a ape? dah-dah, pi cari kayu api, tak makan kita kalau takda api" aku beredar dalam kebingungan...

Semester bermula, aku masih kebingungan, masih tidak dapat melupakan gadis berbaju merah yg kutemui ketika mendaki, aku tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa kerana bimbang mereka berfikiran negatif, aku pergi ke cafe utk menikmati Teh 'O' ais kegemaran ku, pada masa itu ramai pelajar lepak di cafe, hanya ada satu sahaja meja yg kosong, aku pun duduk disitu, laptop dihidupkan dan Facebook di buka, tiba-tiba,"awak sorang je ke? boleh saya duduk sini? takde tempat kosong la" tanya seorang gadis kepadaku, aku menoleh, wah! saling tak tumpah seperti gadis berbaju merah yang aku temui, "Silalah" jawabku, aku memperkenalkan diriku, begitu juga dengannya, lalu tanpa segan silu aku bertanya, "Awak ada pergi mendaki tak masa cuti yg lepas?","Takde la pula, kenapa?'balasnya,"Takde apa-apa"balasku sambil tersenyum dan dia pun tersenyum,"Awak tahu tak senyuman awak manis?",dia tersipu malu...

Semenjak itu kami saling berhubung dan menjadi rapat, sekadar kawan, buat masa sekarang, dan aku, sedang berusaha untuk menjadikannya sebagai teman, hehehehe

p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dgn hidup sesiapa, trimas

Friday, November 27, 2009

Kisah Gendut dan Siput bhgn 1

Al kisah disebuah desa yg indah dan permai, tinggal seorang insan
yg bergelar Gendut, mempunyai badan yg sasa, ketinggiannya tidaklah seberapa, tetapi mempunyai perut yg gendut. Gendut merupakan seorang petani, mempunyai kebun sayur yg luas peniggalan arwah bapanya. Dengan penuh semangat memikul tanggungjawab sebagai penyambung warisan, Gendut memberi kehidupan kepada kebunnya...

Pada suatu hari, Gendut ke kebunnya. Sebaik sahaja tiba di kebun, Gendut tersentap. "Apa dah jadi dengan kebun aku ni?" keluh Gendut setelah mendapati hampir separuh tanamannya rosak. "Cis! Gerangan siapakah yang berani membuat onar di kebun ku ini?" berang si Gendut. Setelah melakukan apa yg perlu dikebun, Gendut pulang dengan seribu pertanyaan. "Kalau aku tahu angkara siapa ini, aku cincang dia" bisik hatinya yang hangat membara.

keesokan harinya Gendut keluar ke kebun selepas subuh. "Harap-harap aku dapat tangkap si jalang ni" bisik hatinya. Dia tunggu dan terus menunggu, akhirnya kelihatan sebatang pokok sawinya tumbang. "Hoi! Sapa disana? Kurang asam" Gendut melenting dan bergegas ke tempat yang menjadi mangsa itu, namun tiada siapa di situ. Walaupun hanya sebatang pokok sahaja menjadi korban, Gendut masih tidak berpuas hati. "Kalau bukan orang, mesti kerja binatang" fikirnya.

Keesokan harinya, Gendut ke kebun seperti biasa, mengharapkan tiada kejutan yang diluar jangkaan. Namun, alangkah terperanjatnya Gendut melihat kebunnya dipenuhi siput....

...bersambung

I Go

so long, fare thee well
the dancer and the dancing days have taken leave and fell
so turn down this bed of stone
quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life- you're my sweetest nightingale
but I can't hear it here no more

and I go...
I go...

hush now, don't shake or break
words have fallen silent like soldiers to the grave
no matter what they do or say
lay me on the sleepy meadows by the tracks upon your face

The long December rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life- you're my sweetest nightingale
but I can't hear it here no more

and I go...
I go...

Thursday, November 26, 2009

Aku, Dia dan Volkswagen

aku adalah seorang budak kampung, datang ke kota menuntut
ilmu, membawa satu harapan menjadi insan berguna, berbekalkan
beberapa pakaian yg usang, aku membawa diri dengan semangat
yang membara, dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, anggaran ku
tidak lah jauh mana, aku melangkah masuk ke dalam bas yg
akan membawa ku mengejar impian ku, jam menunjukkan pukul
12 tgh hari, aku mengelamun disepanjang perjalanan, sedang
asyik mengelamun aku merasakan seperti kehilangan sesuatu,
"mana kaki aku ni?" kata hati kecil ku, aduh! kaki ku sudah
kebas rupanya, bila la agaknya nak sampai Kuala Lumpur ni...

4.30 petang, akhirnya, sampai juga aku di ibu kota, amat
berbeza jika dibandingkan dgn kampung ku, asyik, memang asyik,
dalam keasyikan melihat ibu kota, aku tertanya-tanya, "kemana
arah tuju ku? aku bukannya tahu selok belok di bandar ni" keluh ku,
arghhh!! apa aku kisah, satu demi satu langkah ku atur mengembara
jauh meredah ibu kota, jam di tangan menunjukkan tepat pukul
8 malam, "walaweh, penat jalan, tak sampai-sampai pun", padan
muka aku, bodoh sombong, orang cakap malu bertanya sesat jalan,
apa salahnya kalau aku ringankan mulut ni bertanya bagaimana
hendak ke tempat yang aku tuju, setelah mengambil iktibar, aku
melangkah ke sebuah kedai utk meminta tunjuk arah...

Tiba-tiba langkah ku terhenti, mata ku tidak berkelip, sepertinya
ada bidadari melintas di depan ku, manis, sungguh manis, tidak
pernah ku menatap wajah semanis ini, "Haih, anak siapa ni weh?"
bisik hati ku, ingin ku melangkah mendekatinya, namun langkah
terhenti, ingin ku bertanyakan namanya, namun lidah terkelu,
"arghhhhh!! apa kes?" raung ku, semakin ku cuba mendekatinya,
semakin jauh kelibatnya, malang, sungguh malang, apalah nasib,
ini yg dinamakan tiada jodoh, namun ku cekalkan hati, berpegang
pada pepatah kalau jodoh tak ke mana. Dengan langkah yg keciwa,
aku meneruskan hasrat mencari arah tuju...

sekali lagi aku dikejutkan,"adakah aku sedang bermimpi?" bisikku,
"biar betul apa yg aku nampak ni" jerit ku, sebiji volkswagen golf
GTI terpampang di hadapan ku, kereta yg aku idam-idamkan sejak
kecil lagi, aku menggosok mataku berulang kali, sah, aku tidak
bermimpi,"fulamak, gerek sey kereta ni, best kalo dpt test drive ni,
masyuk" kataku, sekali lagi aku mengelamun, terbayang aku memandu kereta ini membawa bidadari hati mengelilingi bandar Putrajaya yg kian membangun, hanya aku, dia dan volkswagen...

Tiba-tiba terdengar sayup suara memberi salam,"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"jawab ku, "Nak beli kereta ke dik?"tanya seorang
lelaki kepada ku, tanpa segan silu aku menjawab,"eh! tak lah, nak
tanya, macam mana nak pergi terminal putra? hehe", malu, sungguh malu, rasa macam nak diri tengah-tengah jalan dan biar lori langgar, namun hidup mesti diteruskan, itulah kisah aku, dia dan volkswagen...


Sehari di Raya Korban

hehe.. seperti biasa.. aku akan menghabiskan waktu yg berharga ini di hadapan PC yang disayangi.. kenapa?? haih.. kenapa bila time raya je org sibuk tny aku.. "ko tak blk kampung ke?", "ko raya kat sini je ke", "tak bosan ke raya sorang-sorang"... suka hati aku lah nak balik ke tak.. mak aku pun tak bising.. raya haji je kot.. bukannya mak aku nak korban aku.. dia korban lembu gak.. lain la kalo raya puasa tu.. boleh berdarah telinga ni kene tazkirah akhir ramadhan kalo tak balik (pengalaman tak balik raya 2 tahun lepas.. hehe)... bkn tak sayang keluarga... cuma malas menguasai diri... lain la kalau rumah aku kt Sg Pusu tu... every 5 mins aku boleh balik... masalahnya rumah aku bukan kat Sg Pusu.. so jarang la aku balik... tp takpe.. teknologi ada.. dgn hanya satu sms setel semuanya... apa guna org cipta teknologi kalau tak nak aplikasikan dalam kehidupan.. hehehe.. tahun ni aidil adha jatuh pada 27hb November 2009... sama tarikh dgn besday mak aku.. lg senang.. 2 dalam 1.. to my Bonda.. selamat hari raya aidil adha dan Selamat Hari Lahir.. yg keberapa pun aku tak ingat... hehehe.. sori Bonda

Selamat Hari Raya Haji~

Salam Perkenalan

Gendang Gendut Tali Kecapi..
Kenyang Perut Suka Hati..

Gendang Gendut Tali Kecapi..
Makan Cili Telinga Berapi..

Gendang Gendut Tali Kecapi..
Tuntut Ilmu Sampai Mati..

Gendang Gendut Tali Kecapi..
Jangan Sampai Termakan Hati..

Gendang Gendut Tali Kecapi..
Jom 'Enjoy' Kita 'Happy'

say la v...