Sunday, November 29, 2009

Cinta itu buta?

Ramai orang mengatakan bahawa cinta itu buta, Too Phat pun berpendapat sebegitu sepertimana yg tertera di dalam lirik lagu mereka,'Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan....', persolannya, mengapa cinta di katakan buta?

Lain orang lain pendapat, bg seorang yg berfikiran terbuka, mereka menganggap cinta tidak buta, jika cinta itu buta, bagaimana kita boleh bertemu dgn orang yg kita cintai? Secara kasarnya, kita menyintai seseorang kerana pd kita dialah yg terbaik, jika cinta itu buta, bagaimana kita bisa mendapatkan yg terbaik?

Cinta tidak buta, tetapi membuatkan kita buta, dgn kehadiran cinta, segala-galanya indah, semuanya kelihatan sempurna bak kata Senario,"Aku di dalam syurga rupanya", kerana cinta kita terlupa, kerana cinta kita leka, kerana cinta kita buta, kebutaan yg diakibatkan oleh cinta menjadikan kita hamba cinta, hamba yg turut segala perintah tuannya, ada apa dengan cinta? adakah cinta lagi berkuasa drpd yg Maha Esa?

Salahkah kita bercinta? Cinta menjadi lebih indah jika mengikut landasan sebenar, cinta yg wujud berdasarkan paras rupa, harta, pangkat, gelaran membawa ke arah kecelakaan, cinta yg wujud berdasarkan agama, membawa kepada kebahagiaan yg kekal selamanya....

Adakah kita telah menjumpai cinta yg sebenar? dan benarkah cinta itu buta?

No comments:

Post a Comment