Saturday, November 28, 2009

Gadis Berbaju Merah


Wajah yg ayu, mata yg menawan, senyuman yg manis, itulah gambaran yg sering bermain di fikiran ku pabila membayangkan bidadari idaman hati, sering kali aku bertanya, wujudkah gadis seperti itu di muka bumi ini? Kalau wujud, dimanakah dia berada? Layakkah aku memiliki gadis seumpama bidadari itu? Semakin aku memikirkannya, semakin tinggi semangat ku utk memilikinya, "Ya Allah, temukanlah aku dgn bidadari hatiku" doaku setiap hari...

Cuti semester berkunjung tiba, rakan-rakan mengajak aku pergi mendaki, memandangkan aku tidak merancang apa-apa aku bersetuju untuk menyertai mereka, kami mula mendaki seawal jam 6 pagi kerana pada waktu itu cuaca belum panas lagi, lebih kurang 8 jam mendaki, kami sampai di puncak dan terus memasang khemah, melakukan apa yg wajib dan beristirehat, aku kepenatan kerana sudah lama tidak mendaki, namun segala kepenatan hilang setelah kaki ku menyentuh permukaan air sungai yg menyegarkan...

Keesokan harinya, selepas subuh, rakan-rakan ku sambung tidur manakala aku pergi mencari kayu api, "Terjun sungai dulu la, pagi-pagi ni mesti air sungai sejuk" fikirku, aku pun menuju ke sungai, tiba-tiba sayup kedengaran suara yg merdu menyanyi,"Alamak! Suara siapa pula ni?" bisikku kerana tidak berani menegur, orang tua cakap kalau nampak atau dengar benda aneh jangan ditegur, aku memberanikan diri menuju ke arah suara itu, alangkah terperanjatnya aku
pabila ternampak seorang gadis berbaju merah sedang bermain air di tepi sungai, wajahnya, matanya, senyumannya saling tak tumpah dgn bidadari idaman ku, "Ya Allah, cantiknya" kataku, "Ini peluang, lantaklah hantu ke, cik ponti ke, puteri bunian ke, aku tak kira, aku nak tegur juga" bisik ku...
"Assalamualaikum, sorang je?" tegur ku, "Waalaikumussalam, tak lah, ramai lagi kat sini" dia menjawab lalu ketawa, sah! bukan hantu, pandai loya buruk, hantu mana pandai loya buruk, aku terus berkenalan dengannya, sedang asyik berbual, aku terdengar suara memanggil namaku, "Aku kat sungai la, ada apa?" sahut ku, "Cis kau ni, mana kayu api?", "Alamak! hehehe, aku lupa la" jawabku, "Tu la kau, berangan je kerja, duduk tepi sungai cakap sorang-sorang, hang masuk ayaq ka?", "Cis, kau cakap aku masuk ayaq, tak nampak ke a.." balasku lalu menoleh ke arah
gadis berbaju merah tadi, akan tetapi dia sudah hilang dari pandangan, "a... a ape? dah-dah, pi cari kayu api, tak makan kita kalau takda api" aku beredar dalam kebingungan...

Semester bermula, aku masih kebingungan, masih tidak dapat melupakan gadis berbaju merah yg kutemui ketika mendaki, aku tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa kerana bimbang mereka berfikiran negatif, aku pergi ke cafe utk menikmati Teh 'O' ais kegemaran ku, pada masa itu ramai pelajar lepak di cafe, hanya ada satu sahaja meja yg kosong, aku pun duduk disitu, laptop dihidupkan dan Facebook di buka, tiba-tiba,"awak sorang je ke? boleh saya duduk sini? takde tempat kosong la" tanya seorang gadis kepadaku, aku menoleh, wah! saling tak tumpah seperti gadis berbaju merah yang aku temui, "Silalah" jawabku, aku memperkenalkan diriku, begitu juga dengannya, lalu tanpa segan silu aku bertanya, "Awak ada pergi mendaki tak masa cuti yg lepas?","Takde la pula, kenapa?'balasnya,"Takde apa-apa"balasku sambil tersenyum dan dia pun tersenyum,"Awak tahu tak senyuman awak manis?",dia tersipu malu...

Semenjak itu kami saling berhubung dan menjadi rapat, sekadar kawan, buat masa sekarang, dan aku, sedang berusaha untuk menjadikannya sebagai teman, hehehehe

p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dgn hidup sesiapa, trimas

No comments:

Post a Comment