Friday, November 27, 2009

Kisah Gendut dan Siput bhgn 1

Al kisah disebuah desa yg indah dan permai, tinggal seorang insan
yg bergelar Gendut, mempunyai badan yg sasa, ketinggiannya tidaklah seberapa, tetapi mempunyai perut yg gendut. Gendut merupakan seorang petani, mempunyai kebun sayur yg luas peniggalan arwah bapanya. Dengan penuh semangat memikul tanggungjawab sebagai penyambung warisan, Gendut memberi kehidupan kepada kebunnya...

Pada suatu hari, Gendut ke kebunnya. Sebaik sahaja tiba di kebun, Gendut tersentap. "Apa dah jadi dengan kebun aku ni?" keluh Gendut setelah mendapati hampir separuh tanamannya rosak. "Cis! Gerangan siapakah yang berani membuat onar di kebun ku ini?" berang si Gendut. Setelah melakukan apa yg perlu dikebun, Gendut pulang dengan seribu pertanyaan. "Kalau aku tahu angkara siapa ini, aku cincang dia" bisik hatinya yang hangat membara.

keesokan harinya Gendut keluar ke kebun selepas subuh. "Harap-harap aku dapat tangkap si jalang ni" bisik hatinya. Dia tunggu dan terus menunggu, akhirnya kelihatan sebatang pokok sawinya tumbang. "Hoi! Sapa disana? Kurang asam" Gendut melenting dan bergegas ke tempat yang menjadi mangsa itu, namun tiada siapa di situ. Walaupun hanya sebatang pokok sahaja menjadi korban, Gendut masih tidak berpuas hati. "Kalau bukan orang, mesti kerja binatang" fikirnya.

Keesokan harinya, Gendut ke kebun seperti biasa, mengharapkan tiada kejutan yang diluar jangkaan. Namun, alangkah terperanjatnya Gendut melihat kebunnya dipenuhi siput....

...bersambung

No comments:

Post a Comment